1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen
adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai
hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman
yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela,
menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi
pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang
merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau
kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU mengatakan
wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan
kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai
ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai
kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang
mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada
ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup
dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian
atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran
tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada
agama~
“Dikahwini wanita itu
kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah
yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang
baik-baik.~
Seorang wanita yang
dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari
keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan
dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang
bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan
disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a.
merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih
berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau
merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan
dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi
tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya
mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan
keseksian~
“Wanita yang
berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang
melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta,
mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet
boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku:
“Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak
balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak
suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung
meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah
idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama
telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru
sampai di rumah.
11. Tidak terlampau
cemburu~
“Tidak boleh iri hati
melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta
lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu
ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan
kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata
memandang.
~Bersopan-santun,
sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan
mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan
semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik
untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia
memerlukannya.
14. Canggih~
Wanita yang pandai
menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan
ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai
persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik
hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan
beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika
burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu
kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat
bersatu”.
16. Pemaaf~
Wanita yang suka
mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai
peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut
pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body
language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan
diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang
wanita itu yg jd ukuran..:p)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar